Tuesday, April 19, 2011

Kerana Aku Seorang Wanita...

Kerana aku seorang wanita...
Aku ingin selalu dihormati selayaknya...
Aku ingin dihargai sebaiknya...
Aku ingin disayangi selembutnya...
Aku ingin dikasihi seadanya...

Kerana aku seorang wanita...
Aku punya harga diri walaupun aku lemah...
Aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa...
Aku punya perasaan walaupun sering terluka...
Aku punya kesabaran walaupun tercalar...
Aku punya kasih walaupun sering melara jiwa...

Kerana aku seorang wanita...
Aku sering diperlekehkan...
Aku sering disakiti..
Aku sering dilukai...
Aku sering dilupakan...
Aku sering diabaikan...

Tapi...
Satu perkara yang adam sering lupakan...
Kerana wanita lah binasanya adam..
Kerana wanitalah dunia bergolak...
Kerana wanitalah indahnya kehidupan...
Kerana wanitalah ilham tercipta...
Semua kerana wanita....

Kerana aku seorang wanita...
Aku dianugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran...
Aku dianugrahkan dengan kesabaran walaupun dihimpit kehidupan..
Aku dianugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering dikhianati

Hanya...
Kerana aku seorang wanita...
Inginkan kejujuran bukan kepalsuan...
Inginkan kebahgiaan bukannya penderitaan...
Ingin dihormati bukan dikasari...
Ingin disayangi bukan dilukai...

Erti sebuah kehidupan...

Dalam meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima..dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.

Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakan-Nya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.

Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nasfsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya. Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.

Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yan terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingat Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.

Rasulullah pun bersabda: Ingat akan Allah adalah penawar kalbu, diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; ….Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui. (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cinta-Nya, keredhaan-Nya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan kecantikan Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untuk-Nya. DIA-lah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah….redha dengan ketentuan-Nya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepada-Nya..InsyaAllah.

Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa,padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. sekadar mengingatkan diri sendiri & kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah berkati hidup kita, permudahkan setiap urusan...aminnnn... (”,)

Salam Ukhwah...


Hi & Salam Perkenalan utk semua...

its been almost 3 yrs I've registered this blog but still xtergerak hati nk bergiat aktif utk blogging...ermm may be byk sgt commitment kt luar sana~ working as admin & HR person need my full contribution in managing department & staff, kerenah manusia sane sini!! meletihkn... mane lg balik ke rumah utk my only little angle 'Adam Danish' ~ spending time wth him yg semakin aktif & lasak day by day...maklumlah HERO & he's only 3!! ehehe... Yet, I've been sacrificed my weekend for at least another 3 yrs more completing my Degree as a part time student at UTM~classes, assignment, exam & bla, bla, bla...so just tell me when is my time for 'manja-manja' wth myself...??huhu...

Inilah yg Allah da tentukan utk aku...yg terbaek & ade hikmah di sebalik nya...i'allah...kdg2 jauh di sudut hati terasa letihnye...but I'm happy on my own way... ape yg penting, I've to keep on fighting to make sure apa yg telah aku mulakan akan aku akhiri dgn terbaek yg mampu aku buat...i'allah...& life must go on...

Erm...why I'm here? Well...nuthin much...rsnya di kala ade kesempatan, mungkin byk yg boleh dikongsikan bersama...kisah perjlnan hidup, suka duka, informasi & byk kot cerita2 yg boleh aku share utk sahabat-sahabat kt luar sana...sbg iktibar, teladan & mungkin sbg panduan dlm kite mengharungi liku-liku hidup yg pnuh dgn pancaroba...beside...dpt jugak aku mereleasekn stress!!

Last but not lease, enjoy my posting!! till then... 'sharing is caring'!! ahaks!!
Happy reading guys!!

I Wouldn't Give Up!

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers